Aplikasi Disney+ Lama Berhenti Berfungsi Pada 5 November

TechnologyMovie
7 Oct 2026 • 7:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi Disney+ di Malaysia telah berubah ke versi global bermula hari ini dan bukan lagi versi Disney+ Hotstar. Dengan aplikasi baharu, pengguna di Malaysia masih boleh menstrim Disney+ menggunakan akaun walaupun di luar Malaysia tidak seperti sejak ia dilancarkan pada tahun 2021.

Image from: Aplikasi Disney+ Lama Berhenti Berfungsi Pada 5 November

Bagi mereka yang belum berpindah ke aplikasi baharu, aplikasi lama masih boleh digunakan sehingga 4 November 2026 sahaja. Akses kepada kandungan dihentikan bermula 5 November. Setakat ini aplikasi baharu sudah boleh dimuat turun untuk peranti Android, iOS, Google TV, tvOS dan Tizen dengan ia mula ditawarkan sekitar tengah hari tadi.

Aplikasi baharu membawakan antaramuka yang seragam dengan versi global serta memudahkan pencarian kandungan.Menu utama di atas membahagikan kandungan kepada saranan, Disney+ dan Hulu. Menu kiri pula memaparkan pintasan untuk siri, filem, dan kandungan yang digemari.

Apabila berpindah ke aplikasi baharu, sejarah penggunaan dan profil yang dihasilkan tidak akan dipindahkan. Maka sila salin di mana anda berhenti menonton siri kerana selepas 5 November ia tidak lagi boleh diakses.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved