Aplikasi Disney+ Tidak Lagi Menyokong Bayaran Menggunakan App Store

TechnologyDigital
22 Oct 2024 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sebelum ini mewajibkan pembangun aplikasi menyertakan ciri mencipta akaun dan bayaran atau langganan menggunakan sistem bayaran App Store. Ini membuatkan banyak perkhidmatan dan harga ditingkatkan sehingga Apple diarahkan untuk membenarkan sistem bayaran alternatif. Kini sistem bayaran App Store tidak lagi diwajibkan, Disney mula mengambil kesempatan.

image is not available

Aplikasi Disney+ di App Store kini tidak lagi menyokong ciri mencipta akaun dan melakukan langganan atau sebarang bayaran menggunakan sistem bayaran App Store dari dalam aplikasi. Sebaliknya, pengguna harus menggunakan bayaran melalui kad kredit, debit, langganan melalui telko atau televisyen, dan lain-lain melalui web. Perkara ini turut terkesan kepada aplikasi Hulu.

Menurut Disney, ciri ini hanya terkesan kepada pengguna baharu. Pengguna yang sedia menggunakan bayaran App Store tidak perlu melakukan apa-apa buat masa ini. Disney secara tidak langsung mengelak dari membayar Apple 15%-30% komisen dan ini selaras dengan strategi CEO Disney iaitu Bob Iger yang ingin mengembangkan perniagaan dengan mengurangkan kos mendapatkan pelanggan baharu. Perkara ini turut terkesan kepada pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan setakat semakan saya, Disney+ Hotstar di Malaysia masih menyokong langganan melalui App Store dan juga Play Store.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved