Aplikasi Edits Kini Boleh Menyunting Video Dengan Bantuan Meta AI

TechnologyDigital
12 Jun 2025 • 4:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

April tahun ini aplikasi Edits dilancarkan oleh Meta sebagai pesaing kepada CapCut dengan beberapa ciri asal. Selepas dua bulan, ini kini dikemaskini dengan ciri baharu suntingan video dengan bantuan kecerdasan buatan generatif Meta AI. Antara yang boleh dilakukan ialah mengubah baju yang dipakai, menjadikan video asal kelihatan seperti filem animasi atau menambah objek latar belakang menggunakan prom yang dimasukkan sendiri.

image is not available

Meta berkata pada ketika ini terdapat 50 prom untuk mengubah video sehingga 10 saat menggunakan kecerdasan buatan (AI). Model yang digunakan ialah Movie Gen yang dilancarkan sebelum ini. Untuk tempoh terhad ciri suntingan dengan Meta AI adalah tanpa had. Untuk menggunakannya gunakan ciri Restyle pada menu suntingan video.

image is not available

Ciri ini telah diaktifkan kepada pengguna di Amerika Syarikat dan 12 lagi negara. Berita buruknya ialah ia masih belum boleh digunakan di negara kita Malaysia semasa artikel ini ditulis.