WhatsApp sedang menguji ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan kualiti muat turun bagi gambar dan video. Dengan pilihan ini, pengguna boleh menentukan sama ada kandungan yang dimuat turun secara automatik menggunakan kualiti standard atau HD.
Ciri ini memberikan kawalan yang lebih baik terhadap penggunaan storan dan data pada peranti. Kualiti standard membantu menjimatkan ruang storan dan data dengan memampatkan fail, manakala kualiti HD mengekalkan kejelasan butiran visual tetapi menggunakan lebih banyak storan dan data.

Selain itu, WhatsApp turut menggunakan sistem muat naik yang membolehkan pengguna menghantar kedua-dua tetapan standard dan HD bagi setiap fail berbentuk media. Apabila seseorang menghantar gambar atau video dalam kualiti HD, peranti mereka akan memuat naik kedua-dua tetapan kualiti. Penerima kemudian boleh memilih versi yang akan dimuat turun secara automatik bergantung pada tetapan mereka.
Jika penerima menetapkan muat turun automatik kepada kualiti standard, aplikasi akan memuat turun kualiti yang biasa secara lalai. Namun, jika mereka ingin melihat fail dalam kualiti HD, versi HD masih boleh diakses secara manual selagi ia tersedia untuk digunakan. Ciri ini sedang diuji dalam kalangan pengguna beta dan akan diperluaskan kepada lebih ramai pengguna dalam masa beberapa minggu.


