Aplikasi “GO by Bank Islam” Akan Ditamatkan Menjelang November 2025

TechnologyDigital
21 Nov 2024 • 11:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bank Islam hari ini telah memperkenalkan penawaran aplikasi dan perbankan atas-talian yang serba baru dibawah jenama BIMB. Selari dengannya juga, Bank Islam kini berkongsi mengatakan aplikasi perbankan sebelum ini, iaitu GO by Bank Islam akan ditamatkan menjelang November 2025.

image is not available

GO by Bank Islam sedia digunakan lebih 1.9 juta pelanggan aktif sejak kira-kira 5 tahun yang lepas, dan memperlihatkan sejumlah 5.9 bilion transaksi melaluinya. Namun, kebelakangan ini, ia sering menghadapi masalah ketika digunakan, membuatkan ramai yang mengkritik aplikasi dan penawaran berkenaan.

Selari dengannya, pihak Bank Islam kini telah memperkenalkan aplikasi yang lebih moden dan lancar, dinamakan BIMB. Aplikasi ini akan menambah sejumlah ciri-ciri baharu secara berfasa, sebelum aplikasi GO ditamatkan sepenuhnya.

Aplikasi GO dan Perbankan Internet Bank Islam akan ditamatkan operasi sepenuhnya menjelang November 2025 kelak. Para pengguna diminta beralih ke BIMB sebelum itu untuk mengelak sebarang gangguan penggunaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved