CIMB sebelum ini sedia mengumumkan peralihan aplikasi daripada CIMB Clicks kepada CIMB OCTO – dan selari dengannya, sejumlah fungsi ditamatkan secara berperingkat dalam usaha mengalihkan pengguna ke aplikasi baharu yang lebih moden.

Melalui fasa terkini, CIMB mengumumkan bermula Disember 2024 kelak, pengguna aplikasi CIMB Clicks tidak lagi boleh melakukan pemindahan dana, termasuk untuk pemindahan akaun sendiri, pemindahan DuitNow dan juga IBG. Disamping itu, bermula Disember juga, fungsi pembayaran pinjaman dan kad kredit serta JomPay tidak lagi akan disokong pada aplikasi CIMB Clicks.

Bagi pengguna yang ingin kekal menggunakan ciri ini, anda perlu beralih ke aplikasi CIMB OCTO bermula Disember 2024 ini.

