Aplikasi Google Authenticator Kini Memudahkan Pengguna Menyalin Kod 2FA

TechnologyDigital
19 Nov 2024 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Authenticator adalah aplikasi untuk kod satu kali guna pengesahan dwi-faktor (2FA) kepada akaun-akaun di atas talian. Aplikasi oleh Google ini memudahkan pengguna untuk mengakses kod 2FA pada mana-mana peranti selain turut boleh menyimpan kod dari pelbagai akaun berbeza. Terbaru, aplikasi ini telah dikemaskini dengan sentuhan moden dan proses lebih mudah pakai.

image is not available

Selain menerima kemas kini antaramuka Material You, yang jelas sekali nampak lebih selesa dan tenang berbanding sebelum ini yang kelihatan kuno. Google turut memudahkan pengguna untuk menyalin kod dengan tekan sekali, berbanding sebelum ini perlu tekan dan tahan. Kemudian untuk padam dan sunting butiran, pengguna kini boleh tatal dari kiri atau kanan sama seperti dalam Gmail.

image is not available

Sama seperti sebelum ini, Google Authenticator turut boleh digunakan bersama banyak akaun Google. Jika anda adalah pengguna yang menggunakan satu peranti sahaja, pilihan menggunakan tanpa akaun Google turut dibenarkan dengan semua data tersimpan dalam peranti terus. Kemas kini yang sama turut diberikan kepada pengguna iOS melalui App Store.