Jika anda seperti saya, seorang yang tidak begitu endahkan ekosistem peranti pintar dan komputer, tetapi mahu menyegerakkan peranti-peranti anda kepada komputer dengan mudah, Intel sebelum ini telah memperkenalkan aplikasi Intel Unison untuk sistem operasi Windows.
Aplikasi tersebut membolehkan mereka yang menggunakan komputer yang dikuasakan cip pemprosesan Intel untuk menyegerakkan peranti-peranti Android dan iOS mereka ke komputer dengan cepat dan mudah untuk tujuan penghantaran fail, melihat notifikasi peranti pada komputer anda, dan menggunakan peranti pintar sebagai paparan tambahan untuk komputer anda.

Pada awal tahun ini, Intel telah mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan sokongan untuk perisian tersebut, dan terkini, perkhidmatannya akhirnya telah ditamatkan secara rasmi. Dan kini, sokongan untuk aplikasi tersebut telah akhirnya ditamatkan, dan Intel telah mengatakan bahawa anda akan perlu mencari perisian menyegerak peranti baru untuk digunakan.
Jika anda menggunakan sistem operasi Microsoft Windows, khususnya Microsoft Windows 11, Microsoft telahpun tampil dengan penawaran mereka secara terbina, yang dinamakan Windows Phone Link. Ia juga menyokong sambungan kepada kedua-dua jenis peranti Android dan iOS.
Menariknya, Intel turut mengatakan bahawa komputer riba siri Lenovo Aura merupakan satu-satunya komputer riba yang boleh menggunakan perisian Intel Unison ini. Tiada sebab yang diberikan, tetapi ia merupakan satu-satunya jenama komputer yang menyokong teknologi ini sekarang.



