Aplikasi MYJALAN 2.0 Tampil Dengan Fungsi Pintar Lebih Efisien

LocalTechnology
16 Nov 2025 • 8:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Aplikasi aduan jalan raya MYJalan kini hadir dengan versi terbaharu iaitu MYJALAN 2.0 yang menampilkan antaramuka lebih kemas serta ciri pintar yang sekali gus menjadikannya lebih mesra pengguna.

image is not available

Antara pembaharuan utama yang diperkenalkan ialah kemudahan mendaftar aduan melalui fungsi audio (AI Speech-to-Text), keupayaan menyimpan draf aduan serta pilihan log masuk menggunakan emel atau MyDigital ID. Selain itu, versi baharu ini turut dilengkapi sistem GPS lebih tepat di samping menyediakan akses maklumat CCTV lebuh raya, kawasan teduhan motosikal, lokasi berisiko (blackspot) dan bencana. Pengguna turut boleh menyemak talian kecemasan (SOS) pada bila-bila masa bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan ketika berada di jalan raya.

image is not available

Dengan penambahbaikan ini, MYJALAN 2.0 bukan sahaja memudahkan pengguna menyalurkan aduan berkaitan jalan raya malah turut meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat kepada pihak berkuasa. Orang ramai kini boleh memuat turun aplikasi ini untuk pengalaman baharu yang lebih lancar dan efisien melalui Apple App Store, Google Play Store serta Huawei AppGallery.