Aplikasi MyTNB Menambah Sokongan Log Masuk Menggunakan MyDigital ID

TechnologyDigital
19 Feb 2025 • 12:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelbagai aplikasi dijangka mengintegrasikan sokongan MyDigital ID pada tahun 2025 ini. Kini, menjadi antara yang terawal mengintegrasikannya adalah Tenaga Nasional Berhad melalui aplikasi MyTNB.

image is not available

Melalui kemaskini aplikasi terbaru, MyTNB menyertakan pilihan log masuk menggunakan MyDigital ID, sekaligus memudahkan pengguna untuk log masuk tanpa perlu menguruskan lebih identiti atau akaun. Pengguna boleh log masuk dengan memilih pilihan “Log Masuk dengan MyDigital ID”. Sebaik sahaja memilihnya, pengguna akan dibawa ke aplikasi MyDigital ID untuk mengesahkan proses log masuk.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun atau mengemaskini aplikasi MyTNB di Google Play Store dan Apple App Store, dan menggunakan MyDigital ID untuk proses log masuk.