Aplikasi Penanda Aras Akhirnya Boleh Dipasang Pada Peranti Google Pixel 9

TechnologyDigital
25 Aug 2024 • 9:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi penanda aras akhirnya dibenarkan untuk dipasang pada peranti siri Google Pixel 9 pagi ini. Jika anda menonton video dan artikel ulasan Pixel 9 Pro XL yang kami terbitkan minggu anda pasti sedari tiada skor penanda aras disertakan. Ini kerana semua aplikasi penanda aras telah dihalang pemasangannya di tahap sistem operasi.

image is not available

Jika carian aplikasi dilakukan dalam Play Store, notifikasi aplikasi tidak dijumpai akan dipaparkan. Jika aplikasi kemudian dipasang secara sisi, aplikasi tidak boleh dilancarkan langsung. Peranti mengatakan aplikasi terhenti beberapa kali ketika cuba dimuatkan. Kami akan terbitkan artikel skor penanda aras untuk Pixel 9 Pro XL esok.