Ciri Menjana Nota Dengan Gemini Pada Google Keep Memerlukan Langganan, Tetapi Percuma Untuk Pixel

TechnologyDigital
23 Aug 2024 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal tahun ini, Google mula menguji integrasi Gemini ke banyak perkhidmatan digital mereka seperti Docs dan Gmail. Aplikasi mencatat nota Keep turut menerima ciri menjana nota dengan AI iaitu Help me create a list. Selepas berbulan diuji, ciri ini akhirnya ditawarkan kepada semua pengguna Android.

image is not available

Bagi pengguna Google Pixel, Help me create a list adalah percuma di dalam Keep. Untuk pengguna peranti Android lain, anda memerlukan akses Workspace atau juga langganan Google One AI Premium. Ciri ini akan memudahkan pengguna menjana senarai dengan hanya memasukkan prom ringkas seperti “rancangan jamuan hari jadi”, “resipi memasak ayam bakar”, “langkah efisien kemas rumah” dan lain-lain lagi.

Walaupun Gemini telah menyokong bahasa Melayu, Help me create a list dalam Keep terhad kepada bahasa Inggeris sahaja. Dalam semakan saya, peranti Samsung Galaxy Z Flip6 dan Oppo Find N3 sedia menyokong ciri ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved