Kini, Lebih 100 Juta Carian Dilakukan Di Perplexity Setiap Minggu

TechnologyDigital
25 Oct 2024 • 11:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perplexity, salah satu syarikat memfokuskan kecerdasan buatan janaan, dan memposisikan syarikat sebagai penyedia enjin carian dikuasakan kecerdasan buatan, kini menyatakan lebih 100 juta carian dilakukan di platform mereka setiap minggu.

Perkongsian angka terbaru ini hadir selang tiga bulan sejak Perplexity mengatakan mereka menjana lebih 250 juta carian setiap bulan. Jikalau dibandingkan dengan angka terbaru, ia memperlihatkan sekitar 400 juta carian dilakukan melalui platform mereka setiap bulan.

image is not available

Peplexity pada minggu ini turut telah melancarkan aplikasi mereka untuk Mac, dan turut dilaporkan sedang melihat untuk meraih suntikan dana baharu pada nilai syarikat mencapai $6 bilion. Selain Perplexity, pihak OpenAI turut sedang membangunkan enjin carian dinamakan SearchGPT, dan telah mula ditawarkan kepada sejumlah pengguna dalam bentuk ujian percubaan awal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved