Aplikasi Photos Pada Windows 11 Kini Diintegrasikan Dengan Ciri AI Microsoft Designer

TechnologyDigital
19 Jul 2024 • 10:23 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam, Microsoft Designer telah diperkenalkan dalam bentuk aplikasi iOS dan Android selepas setahun ditawarkan kepada pengguna dalam bentuk web. Aplikasi ini turut mempunyai integrasi kecerdasan buatan generatif dan Microsoft baru-baru ini telah mengemaskini aplikasi Photos pada Windows 11 dengan Microsoft Designer terbina.

image is not available

Kemas kini baharu ini ditawarkan kepada pengguna Windows Insider terlebih dahulu. Aplikasi Photos kini mempunyai butang Edit with Designer dan aplikasi akan bijak mengesan subjek sama ada untuk tukar latar belakang, buang objek, ubah kekaburan, tambah kesan pop warna dan banyak lagi. Menurut Microsoft ia adalah alatan suntingan profesional tanpa memerlukan skil sebenar.

Aplikasi ini memerlukan akaun Microsoft dan hanya boleh digunakan pada peranti Windows 11 dengan bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, jerman, Itali, atau Portugal (Brazil). Ia juga akan diberikan kepada semua orang selepas versi Windows Insider ini berada di fasa stabil.