Aplikasi Rasmi WhatsApp Kini Boleh Diakses Melalui Apple CarPlay

TechnologyCars
8 Apr 2026 • 3:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

WhatsApp untuk Apple CarPlay kini ditawarkan dengan aplikasi rasmi yang serasi untuk sistem inforia kereta. Sebelum ini ia hanya ditawarkan dalam versi beta namun kini semua pengguna boleh mengaksesnya selepas mengemas kini WhatsApp untuk iOS versi 26.13.74 di App Store.

image is not available

Aplikasi ini membolehkan pengguna menghantar mesej, membuat panggilan dan mengakses kenalan kegemaran terus dari papan pemuka kereta apabila iPhone disambungkan. Antara muka baharu turut direka untuk meminimumkan gangguan agar pemandu dapat mengekalkan fokus di jalan raya.

Aplikasi baharu ini menyediakan tiga tab utama yang mudah difahami. Tab pertama ialah senarai sembang yang membolehkan pengguna melihat mesej terkini tanpa perlu membuka keseluruhan perbualan sekali gus mengurangkan gangguan ketika memandu.

image is not available

Seterusnya, tab kedua ialah sejarah panggilan yang memaparkan senarai panggilan masuk, keluar dan terlepas lengkap dengan nama kenalan serta masa lalu memudahkan pengguna mengurus komunikasi dengan lebih teratur. Akhir sekali, tab ketiga ialah kenalan kegemaran yang diselaraskan dengan senarai kegemaran pada iPhone sekali gus membolehkan pengguna memulakan panggilan atau mesej dengan lebih pantas

Sebelum ini, pengguna hanya bergantung pada Siri yang sering menimbulkan kesukaran kerana arahan suara mudah disalah tafsir dan tiada paparan sembang atau sejarah panggilan. Dengan aplikasi rasmi, pengalaman menjadi lebih mudah. Dalam masa sama, semua mesej serta panggilan kekal dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung bagi memastikan privasi pengguna sentiasa terjaga.