Maybank kini menggunakan proses keselamatan baharu untuk menetapkan semula PIN aplikasi MAE dan langkah ini bertujuan melindungi akaun pengguna dengan lebih baik. Proses ini melibatkan pengguna individu serta pemilik tunggal.

Jika pengguna perlu menetapkan semula PIN, identiti mesti disahkan sama ada dengan mengimbas MyKad atau pasport dan mengambil swafoto melalui aplikasi MAE. Sebagai pilihan lain, pengguna boleh menjana PIN M2U sementara di mana-mana ATM Maybank dan menggunakannya dalam masa 48 jam untuk melengkapkan pengesahan dalam aplikasi.
Selain itu, sekiranya pengguna tidak menetapkan semula PIN atau biasanya menggunakan pengesahan biometrik untuk masuk ke aplikasi MAE, tiada tindakan diperlukan. Meraka boleh terus menggunakan aplikasi seperti biasa tanpa sebarang gangguan. Oleh itu, proses keselamatan baharu ini bukan sahaja menjamin perlindungan akaun pelanggan malah memastikan pengalaman perbankan digital lebih mesra pengguna



