Aplikasi RHB Bank Hentikan Sokongan Peranti Android 10 dan iOS 15 Ke Bawah Bermula 1 Jun

LocalTechnology
13 Mar 2026 • 2:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

RHB memaklumkan bahawa RHB Mobile Banking App tidak lagi menyokong peranti yang menggunakan Android 10 ke bawah atau iOS 15 ke bawah bermula 1 Jun 2026. Oleh itu, pengguna dengan sistem operasi lama tidak akan dapat mengakses aplikasi tersebut.

image is not available

Kenyataan ini dikeluarkan oleh RHB sebagai langkah keselamatan untuk melindungi pengalaman perbankan dalam talian. Meskipun begitu, pengguna masih boleh log masuk ke RHB Online Banking melalui pelayar. Namun, transaksi kewangan tidak dapat dilakukan kerana pengesahan Secure Plus hanya tersedia dalam aplikasi mudah alih.

image is not available

Untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan, pengguna digalakkan mengemas kini peranti kepada sistem operasi terkini. Jika peranti sudah menggunakan versi OS terbaru, maka tiada tindakan lanjut diperlukan. Hal ini penting kerana sistem operasi lama tidak lagi menerima kemas kini keselamatan daripada Apple atau Google lalu menjadikan peranti lebih terdedah kepada serangan siber.

Dengan ini, bagi pengguna Android kelak perlu menggunakan sekurang-kurangnya Android 11 dan disarankan untuk beralih kepada Android 13 atau lebih baharu. Bagi pengguna iOS pula, anda perlu berada sekurang-kurangnya pada iOS 16 dan digalakkan untuk menggunakan iOS 17 atau lebih baharu.

image is not available

Keputusan ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi RHB Bank sahaja. Malah, CIMB sebelum ini turut mengumumkan perkara sama untuk aplikasi Octo mereka dengan had minimum Android 9 dan iOS 14. Dalam masa yang sama, Maybank juga membuat pengumuman serupa untuk aplikasi MAE khususnya menamatkan sokongan bagi iOS 13 dan ke bawah