Pratempahan Tecno Camon 50 Ultra 5G Kini Dibuka Di Malaysia – Harga Bermula RM1499

LocalTechnology
10 Mar 2026 • 12:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Peranti terbaharu Tecno Camon 50 Ultra 5G bakal hadir ke Malaysia tidak lama lagi namun bagi mereka yang berminat untuk mendapatkannya lebih awal, pratempahan sudah pun dibuka sekarang. Harga yang disenaraikan bermula dari RM1499 dan boleh dibuat melalui TikTok bermula hari ini sehingga 12 Mac 2025. Menariknya lagi, setiap pembelian turut disertakan dengan Watch 3 Active bernilai RM299 secara percuma serta jaminan tambahan 1+1 tahun.

image is not available

Tecno Camon 50 Ultra 5G hadir dengan skrin 6.78″Curved AMOLED 144Hz 1.5K. Ia dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 7400 Ultimate bersama memori 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 512GB. Selain itu, ia turut menjalankan HiOS 16 berasaskan Android 16 dengan fokus terhadap teknologi AI bagi menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih terkini dan mesra pengguna.

image is not available

Dari segi kamera, peranti dilengkapi dengan tetapan 50MP 1/1.56″ OIS + 50MP + 8MP ultra-lebar serta swafoto sebesar 50MP. Sementara itu, bateri 6500mAh digunakan menyokong pengecasan pantas 45W Super Charge dan ditambah dengan jaminan 5-Year Durability Battery untuk ketahanan jangka panjang. Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan ciri tambahan seperti pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan infra merah.