
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menggagalkan cubaan bot menyeludup keluar barangan kawalan melalui Tanjung Batu, perairan Felda Sahabat, di sini pada Selasa.
Pengarah Maritim Zon Lahad Datu, Komander Dr. Suzanna Razali Chan berkata, bot peronda Maritim mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan berikutan maklumat awam kira-kira jam 4 pagi.
Apabila didekati, juragan bot itu menukar haluan ke arah darat sebelum terjun ke dalam air.
“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan pasukan menemui 612kg minyak masak, 108 paket tepung dan 192 botol minyak wangi.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Kesemua barangan yang dipercayai dibawa keluar untuk dijual di negara jiran,” katanya sambil menambah kesemua rampasan termasuk bot dan dua enjin dianggarkan bernilai hampir RM20,000.
Menurut Suzanna, penyeludupan barangan bersubsidi dijangka meningkat pada Ramadan dan Syawal berikutan permintaan yang lebih tinggi dan ini merupakan rampasan kedua membabitkan barangan kawalan dalam tempoh seminggu di Zon Maritim Lahad Datu.
Justeru, katanya, Zon Maritim Lahad Datu akan meningkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot khususnya di kawasan panas di perairan ini bagi membendung kegiatan tersebut.
Zon Maritim Lahad Datu turut memohon kerjasama daripada orang ramai khususnya masyarakat maritim untuk melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut kepada Maritim Malaysia di 089-885727 (Pusat Operasi Lahad Datu) atau MERS999.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
