APMM perkukuh risikan kekang kemasukan migran secara haram

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 11:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

APMM perkukuh risikan kekang kemasukan migran secara haram

KUALA LUMPUR, 2 OKT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyatakan pengurusan migrasi yang komprehensif menuntut kawalan sempadan dengan berkesan, penguatkuasaan berterusan, serta keupayaan tinggi untuk mengesan dan mencegah kemasukan tidak sah.

APMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan agensi berkenaan, akan terus memperkukuh pendekatan menggunakan operasi berteraskan risikan melibatkan pengumpulan risikan, pemantauan dan pengesanan awal sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan di laut.

Menurut kenyataan itu, kejayaan mematahkan cubaan penyeludupan migran di Kelantan baru-baru ini, membuktikan bahawa ketepatan risikan mampu diterjemahkan kepada tindakan penguatkuasaan yang pantas dan berkesan.

“Kerajaan sedang menguruskan penghantaran pulang secara berperingkat. Pada masa yang sama, pemerkasaan penguatkuasaan dilaksanakan bagi mengekang kegiatan penyeludupan migran, sekali gus melindungi keselamatan perairan negara,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa lepas, sebanyak 1,476 pelarian Myanmar dihantar pulang ke negara asal menaiki tiga kapal Tentera Laut Myanmar, termasuk sebuah kapal hospital, menerusi Program Penghantaran Pulang.

Operasi penghantaran itu melibatkan tahanan dari 14 Depot Tahanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di seluruh negara dengan jumlah tertinggi direkodkan dari Depot Belantik di Kedah dan Depot Tanah Merah di Kelantan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menyatakan sebanyak 3,524 tahanan Myanmar dipersetujui untuk dihantar pulang ke negara asal mereka secara sukarela, menerusi fasa kedua program berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved