APMM tahan bot bawa 973kg barang kawalan tanpa permit

3 Feb 2024 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Sebuah bot penumpang yang didapati memuatkan 973kg barang kawalan tanpa permit ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau di perairan Tawau sekitar 8.30 malam, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot itu ditahan pihaknya semasa siri rondaan Op Sejahtera1/06 dan Op Tiris berhampiran Sungai Logpond.

“Bot penumpang itu dipercayai menuju ke Pulau Sebatik,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati bot terbabit berdaftar atas kelas penumpang, namun digunakan untuk memuat barang-barang.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Katanya, bot itu dikendalikan seorang juragan lelaki warga tempatan bersama seorang kru lelaki warga Indonesia yang kedua-duanya berumur 67 tahun.

Shahrizan berkata, barang kawalan yang dimuatkan mereka, termasuklah 29 kotak minyak masak mengandungi 493 kg dan 20 pek gula pasir berjumlah 480 kg.

“Pemeriksaan lanjut mendapati bot tersebut gagal mengisytiharkan permit berkaitan barangan dibawanya,” katanya.

Tambahnya, bot dan dua kru terbabit kemudiannya diiring ke jeti Maritim Malaysia Tawau untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 (JPDS) dan Akta Kastam 1967 kerana salah guna lesen dan membawa barang-barang kawalan tanpa permit.

“Nilai rampasan termasuk bot, enjin dan muatan dianggarkan lebih RM30,000,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.