APMM Tawau tahan 8 PTI

29 Jul 2023 • 12:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Lapan pendatang asing tanpa izin (PTI) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana dipercayai menjalankan aktiviti memetik rumpai laut di perairan Pulau Sebatik, lewat petang Khamis.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kesemua lelaki dipercayai warga Indonesia itu, termasuk dua juragan dan pekerja mereka, dianggarkan berusia antara 18 hingga 41 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan pasukan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan Ops Pluto Timur 2/13, Ops Sejahtera 1/22 dan Ops Tiris di sektor operasi.

“Dalam operasi itu, pasukan peronda mengesan dua jongkong yang dipercayai sedang menjalankan aktiviti memetik rumpai laut di kawasan perairan berkenaan.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Hasil pemeriksaan mendapati setiap bot dikendalikan oleh seorang juragan bersama tiga pekerja,” katanya.

Shahrizan berkata, kesemua PTI itu ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, kedua-dua bot jongkong, enjin, serta barangan peribadi disita dengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

Katanya, Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia, khususnya di perairan Zon Selamat Sabah Timur (Esszone) dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain.

Justeru, beliau menggesa komuniti maritim untuk membantu agensi ini dengan menyalurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau 089-752116 atau talian kecemasan MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.