Syabu bernilai RM50,000 dirampas

27 Mar 2024 • 2:13 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat merampas sembilan paket dadah jenis syabu yang cuba dibawa masuk di kawasan perairan Kudat, awal pagi Isnin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, berdasarkan maklumat risikan, bot ronda Zon Maritim Kudat yang sedang melaksanakan rondaan Op Khas Pagar Laut 1/2024 di sekitar perairan Kudat, segera diatur gerak ke lokasi kira-kira pada jam 4.30 pagi.

Menurut Maurice, setibanya di lokasi kira-kira 0.2 batu nautika di timur Pulau Bankawan, Banggi, sebuah bot dikesan sedang bergerak dalam keadaan yang mencurigakan.

Katanya, semasa cuba menghampiri bot terbabit, tiba-tiba bot berkenaan memecut laju menuju kawasan cetek hutan paya bakau berhampiran.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Kira-kira jam 4.50 pagi, sebuah bot pam berwarna biru tanpa nombor pendaftaran ditemui tanpa penumpang, dipercayai bot suspek yang ditinggalkan dan suspek dipercayai nekad terjun ke laut melarikan diri di kawasan hutan bakau.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit menemukan sembilan paket lutsinar disyaki syabu dianggarkan lebih kurang 400 gram, dipercayai cuba dibawa masuk ke kawasan daratan di sini,” katanya.

Beliau berkata, bot serta barang rampasan dibawa ke Jeti Marina Kudat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Maurice berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai lebih RM50,000.

Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat, khususnya komuniti maritim di sini untuk membantu melaporkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di laut kepada Maritim Malaysia dengan menghubungi talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.