APMM P.Pinang tahan bot nelayan tangkap ikan di luar zon dibenarkan

29 Mar 2024 • 6:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan tempatan yang dikendalikan empat nelayan warga asing kerana menangkap ikan di luar zon dibenarkan di perairan negeri itu semalam.

Pemangku Pengarahnya Komander Maritim S. Nak Rong berkata pihaknya yang menjalankan rondaan OP Khas Pagar Laut mengesan bot nelayan tempatan kelas C itu di kedudukan 14.0 batu nautika barat daya Pulau Kendi, dekat sini pada 3 petang.

“Pemeriksaan mendapati bot itu menggunakan pukat tunda sebagai alat penangkapan ikan dengan dikendalikan oleh empat kru termasuk tekong warga Thailand berumur 29 hinggga 75 tahun yang memiliki dokumen pengenalan diri.

“Namun mereka telah melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang daripada 15.0 batu nautika dari daratan dan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kesemua empat lelaki dan bot ditahan untuk siasatan lanjut dan turut merampas hasil tangkapan dianggarkan seberat 1,500 kilogram. -Bernama