Apple AirPods Pro 3, Watch Series 11, SE 3 & Ultra 3 kini boleh dipratempah di Malaysia

LocalTechnology
9 Oct 2025 • 4:19 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

AirPods Pro 3, Apple Watch Series 11, SE 3 dan Ultra 3 kini sudah boleh dipratempah di Malaysia bermula hari ini. Beberapa pengedar sah Apple seperti Machines, Switch dan ITWorld telah mengumumkan bahawa pratempahan dibuka mulai 9 Oktober jam 9 pagi.

Kesemua peranti boleh pakai ini diumumkan bulan lepas bersama siri iPhone 17, namun untuk pasaran Malaysia sebelum ini hanya disenaraikan sebagai “akan datang”.

Buat masa ini, AirPods Pro 3 dan barisan Apple Watch baharu masih belum muncul di laman rasmi Apple Malaysia. Namun, pengedar sah sudah pun mula menawarkan pratempahan masing-masing bersama promosi tambahan, termasuk pelan ansuran 0% faedah, mata ganjaran ahli, baucar, dan juga hadiah percuma.

Tiada tarikh penghantaran atau pengambilan yang diberikan, tetapi dijangka mula dihantar kepada pelanggan dalam beberapa minggu akan datang.

AirPods Pro 3

Apple AirPods Pro 3 dijual di Malaysia pada harga rasmi RM999. Untuk ringkasan, model baharu ini dikatakan menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC) dalam telinga terbaik di dunia, dengan prestasi 2 kali ganda lebih baik berbanding AirPods Pro 2 sebelum ini. Ia kini turut menyokong penjejakan kadar denyutan jantung, serta bateri tahan lebih lama, sehingga 8 jam dengan ANC diaktifkan, dan 10 jam dalam mod Transparency.

Anda boleh baca lebih lanjut tentang AirPods Pro 3 dalam artikel kami sebelum ini.

Apple Watch Series 11, Ultra 3 & SE 3

Barisan Apple Watch baharu masih menggunakan cip S10 yang sama seperti model tahun lepas, tetapi kini menyokong sambungan 5G untuk model selular. Model Apple Watch Series 11 dan Watch Ultra 3 juga kini menawarkan jangka hayat bateri lebih lama, masing-masing sehingga 24 jam dan 42 jam.

Kedua-dua model turut menerima notifikasi tekanan darah tinggi (hypertension), manakala Apple Watch SE 3 kini dilengkapi ciri Always-On Display, markah tidur (Sleep Score) serta pengesan apnea tidur (Sleep Apnea Detection).

Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang Apple Watch Series 11, Ultra 3 & SE 3 dalam artikel pelancaran kami.

Harga Apple Watch Series 11 di Malaysia

  • Titanium 46mm (GPS + Selular) – dari RM3,549
  • Aluminium 42mm (GPS) – dari RM1,799
  • Aluminium 42mm (GPS + Selular) – dari RM2,299
  • Aluminium 46mm (GPS) – dari 1,949
  • Aluminium 46mm (GPS + Selular) – dari RM2,449
  • Titanium 42mm (GPS + Selular) – dari RM3,299

Pilihan warna termasuk Jet Black, Rose Gold, Silver, dan warna baharu Space Grey.

Harga Apple Watch Ultra 3 di Malaysia

  • Alpine Loop – RM3,699
  • Trail Loop – RM3,699
  • Ocean Band – RM3,699
  • Titanium Milanese Loop – RM4,199

Model ini hadir dengan pilihan warna Natural Titanium dan Black Titanium.

Harga Apple Watch SE 3 di Malaysia

  • 40mm (GPS) – dari RM1,049
  • 40mm (GPS + Selular) – dari RM1,299
  • 44mm (GPS) – dari RM1,199
  • 44mm (GPS + Selular) – RM1,449

Ditawarkan dalam warna Midnight dan Starlight.