Huawei Watch D2 Boleh Didapati Dalam Pilihan Warna Biru – Harga RM1699

TechnologyHealth & Fitness
29 Sep 2025 • 4:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei Watch D2 kini ditawarkan dalam warna biru pada harga RM1699. Ia boleh dipratempah melalui HUAWEI Experience Store, laman rasmi HUAWEI serta kedai rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

image is not available

image is not available

Huawei Watch D2 pernah menjadi jam tangan pintar terawal yang diperakui secara perubatan dengan pemantauan tekanan darah ambulatori (ABPM) dan penjejakan kesihatan sepanjang hari melalui TruSense System. Ia menyokong analisis ECG Beat-by-Beat, pemantauan kadar denyutan jantung, waktu tidur dan tekanan secara berterusan.

image is not available

image is not available

image is not available

Jam ini masih mengekalkan spesifikasi model terdahulu dengan skrin AMOLED 1.82 inci dan kecerahan 1500 nits. Huawei menggabungkan sensor optik dan pam mikro dalam tali jam yang menyerupai mesin tekanan darah tradisional untuk menyokong fungsi ABPM termasuk pemantauan automatik semasa tidur.

image is not available

image is not available

Sensor terbina turut boleh mengesan ECG, SpO2, degupan jantung dan tahap tekanan. Bateri bertahan 6 hari dengan penggunaan biasa dan boleh dicas semula melalui USB-C. Dengan berat hanya 40 gram, jam ini dilihat 12% lebih nipis berbanding Huawei Watch D yang dilancarkan pada 2022.

image is not available