Masa depan Apple mungkin ialah mengambil inspirasi daripada Xiaomi pula. Menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple kelak akan melancarkan pula kamera pintar untuk digunakan di rumah. Kamera ini menurut beliau akan berfungsi secara nirwayar dengan integrasi Apple Intelligence serta Siri.

Maklumat lebih lanjut mengenai kamera pintar ini masih lagi samar dengan ia dipercayai akan dibina oleh Geortek di China. Ia mungkin akan dipadankan dengan skrin pintar yang diuar-uarkan akan dilancarkan awal tahun 2025. Skrin pintar ini diramalkan akan dipasang pada tapak mirip Apple G4 dengan ia boleh berputar sendiri mengikut arah pengguna.
Dalam laporan yang sama Apple meramalkan jualan produk ini akan mencecah puluhan juta dalam masa beberapa tahun. Apple kini menjana lebih banyak pendapatan menerusi perkhidmatan kecuali jualan iPhone. Sungguhpun begitu jualan iPhone sudahpun semakin tepu dan menunjukkan trend penurunan. Pengenalan set kepala Vision Pro walaupun tinggi di peringkat awal kini mula jatuh kerana harga mahal serta tiadanya ciri yang menjadikan produk yang perlu dimiliki orang ramai.


