iPhone 17 Air Mungkin Tidak Senipis Yang Dijangka

TechnologyDigital
12 Nov 2024 • 12:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun hadapan, Apple dijangka akan menggantikan iPhone model Plus dengan model Slim atau mungkin juga Air. iPhone 17 Slim/Air dikatakan akan hadir dengan skrin 120Hz, spesifikasi mercu, rekaan lebih nipis dan hanya mempunyai satu kamera. Laporan terbaru menyatakan, iPhone ini mungkin tidak senipis yang dijangka.

image is not available

Ini kerana, Apple ada masalah dari segi rekaan bateri peranti mereka. Apple mahukan rekaan yang nipis, namun rekaan bateri sedia ada sahaja sudah bersaiz 6mm – jadi agak sukar untuk iPhone 17 Air nanti mempunyai rekaan nipis. iPhone 6 adalah iPhone paling nipis dalam sejarah iaitu 6.9mm, sementara iPhone 16 Plus pula adalah 7.8mm. Jadi, jika iPhone baharu ini nipis – saiznya mungkin berada di antara dua iPhone yang disebut tadi.

image is not available

Apple turut pernah melancarkan peranti dengan rekaan tebal bawah 6mm, iaitu yang terbaru iPad Pro 13″ yang bersaiz 5.1mm dan sebelum ini iPod nano dengan saiz 5.4mm. iPad tidak menjadi masalah kerana permukaan luas, sementara iPod nani mempunyai penggunaan terhad. Adakah anda mahukan iPhone nipis jika bateri cepat habis atau tidak kisah jika ia tebal sedikit asalkan bateri tahan lama?