
Siri pada ketika ini menggunakan ChatGPT sebagai model kecerdasan buatan (AI) apabila dijalankan oleh pengguna dengan muncul laporan diberikan percuma oleh OpenAI. Menerusi iOS 27 kelak, Apple dipercayai akan membenarkan Siri menggunakan model-model lain dengan ia ditetapkan sendiri oleh pemilik peranti menurut laporan Bloomberg.

Pemilik peranti hanya perlu memuat turun perkhidmatan AI yang mereka gunakan sebelum kemudian mengintegrasikannya terus ke dalam Siri. Apple akan membenarkan perkhidmatan AI pihak ketiga digunakan dengan mengambil sebahagian bayaran langganan bulanan yang boleh menjana pendapatan.
Strategi AI Apple adalah berbeza dengan syarikat lain yang membangunkan model sendiri. Usaha AI kenderi mereka menerusi Apple Intelligence kurang memuaskan sehingga mereka kini menggunakan model berasaskan Google Gemini. Walaupun dilihat sebagai kesilapan di peringkat awal, ia kini dilihat sebagai satu kejayaan kerana Apple tidak membazirkan berbilion Dolar untuk membangunkan model sendiri.
Ciri integrasi AI pihak ketiga ke dalam Siri dijangka diperlihatkan di Worldwide Developers Conference (WWDC) pada bulan Jun ini.

