CapCut Video Studio Dengan Sokongan Janaan AI Seedance 2.0 Dilancarkan

TechnologyDigital
26 Mar 2026 • 2:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bytedance melancarkan CapCut Video Studio yang merupakan perkhidmatan menjana video menggunakan model kecerdasan buatan (AI) generatif Dreamina Seedance 2.0. Video Studio ialah studio AI setempat yang boleh membantu menjana idea, plot dan struktur kandungan yang ingin dihasilkan.

Kemudian terdapat ciri menghasilkan storyboard dan menjana imej watak serta objek yang ingin digunakan sebelum menjadi aset dalam video. Terdapat ciri suntingan terbina sama seperti di dalam CapCut dengan ini membolehkan kesemua proses menghasilkan kandungan dilakukan setempat tanpa memerlukan pelbagai aplikasi berbeza.

CapCut Video Studio boleh digunakan hari ini menerusi CapCut versi laman web. Semua pengguna CapCut Video Studio menerima kredit percuma untuk menjana video AI pertama mereka dengan kredit tambahan boleh dibeli. Model Seedance 2.0 hanya boleh diakses pengguna di rantau Asia Tenggara, Afrika Utara, Timur Tengah, Amerika Latin dan Afrika terlebih dahulu sebelum ke rantau lain di masa hadapan.