Apple dibangunkan oleh Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne pada tahun 1976, dan kini merupakan salah satu jenama teknologi pengguna yang terbesar di dunia, terkenal untuk produk-produk seperti komputer Mac, pemain audio digital iPod, peranti pintar iPhone dan lain-lain.
Tahun ini merupakan ulang-tahun ke-50 syarikat tersebut, dan untuk menyambut ulang-tahun ini, Mimms Museum of Technology and Arts akan mengadakan pameran iNSPIRE: 50 Years of Innovation from Apple di Roswell, Georgia yang akan dibuka bermula 1 April 2026, 50 tahun selepas syarikat tersebut didaftarkan sebagai sebuah perniagaan dan komputer desktop pertama mereka, Apple 1 diperkenalkan.

Pameran tersebut akan memperlihatkan lebih 2000 produk dan artifak dari pembukaan syarikat tersebut, dari dokumen pendaftaran syarikat yang asli, produk-produk yang diperkenalkan sepanjang 50 tahun yang lepas dalam satu ruang sebesar 20 ribu kaki persegi.
Ia merupakan salah satu pameran produk dan artifak Apple yang terbesar setakat ini, dan tewas hanya kepada All About Apple Museum di Itali. Bercakap tentang muzium, sebuah lagi muzium Apple akan dibuka di Utrecht, Belanda pada 1 April ini, juga bersempena dengan ulang-tahun ke-50 Apple.
Hard to believe it’s been 50 years since the three of us signed Apple into existence. The Apple‑1 and Apple II were just the beginning, and watching the journey since has been extraordinary. Proud to have played my part. #Apple50 @FastCompany pic.twitter.com/ceH0WjqCkz
Dalam pada itu, salah satu pengasas syarikat, Ronald Wayne juga telah berkicau di X baru-baru ini, mengimbau memori mendaftar syarikat tersebut pada 50 tahun yang lalu.



