Apple App Store Kelak Akan Memaparkan Ulasan Pengguna Yang Diringkaskan AI

TechnologyDigital
30 Oct 2024 • 10:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita sudah lihat Apple Intelligence diintegrasikan ke dalam keseluruhan sistem operasi beberapa produk Apple. Teknologi kecerdasan buatan ini boleh melakukan banyak perkara termasuk merumuskan teks, membantu menulis, menjana imej dan banyak lagi. Terbaru, App Store pula dikatakan akan menerima integrasi kecerdasan buatan generatif.

image is not available

Ulasan aplikasi oleh pengguna di App Store akan datang akan dirumuskan oleh AI. Ini memudahkan pengguna membaca ulasan aplikasi dalam teks ringkas sebelum memuat turun berbanding menyemak satu per satu ulasan di bahagian Penilaian & Ulasan App Store. Ulasan ini dikatakan diproses dari pihak Apple dan bukan dari dalam peranti, dan ia akan dikemaskini setiap kali ulasan baharu ditambah.

Apple turut membenarkan pembangun melaporkan ringkasan ulasan yang tidak tepat. Buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan diedarkan kepada pengguna. Sumber melaporkan yang ia akan diberikan secara berperingkat. Sama-sama kita nantikan.