Apple Intelligence Kini Boleh Digunakan Oleh Model Terpilih iPhone, iPad Dan Mac – Dalam Bahasa Inggeris

TechnologyDigital
29 Oct 2024 • 4:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini telah mula memperkenalkan akses kepada kecerdasan buatan janaan mereka, Apple Intelligence kepada para pengguna seluruh dunia. Walaubagaimanapun, pengenalan awal ini terhad kepada beberapa ciri asas sahaja, seperti menambah-baik penulisan, merumuskan notifikasi, Siri yang ditambah-baik, serta membuang objek pada gambar dengan mudah. Apple dijangka menambah akses kepada lebih banyak ciri pada Disember kelak.

image is not available

Ini dilihat memudahkan langkah Apple dalam mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan janaan terus ke sistem operasi peranti mereka, sebelum mula memperluaskan ciri berkenaan secara berperingkat. Akses kepada Apple Intelligence ini ditawarkan melalui iOS 18.1 untuk iPhone, iPadOS 18.1 untuk iPad, dan juga macOS Sequoia 15.1 untuk pengguna Mac.

Untuk menggunakannya, anda memerlukan siri iPhone 16 terbaru, iPhone 15 Pro atau iPhone 15 Pro Max untuk pengguna iPhone. Bagi pengguna tablet pula, anda memerlukan iPad dengan cip A17 Pro atau M1 dan terkini, sementara pengguna Mac dengan cip Apple M1 dan terkini. Kemaskini sistem operasi boleh dilakukan bermula hari ini.