Threads versi web telah dilancarkan sebentar tadi kepada pengguna di Amerika Utara. Dengan ciri ini akhirnya Threads boleh digunakan tanpa perlu memuat turun aplikasi telefon pintar. Dari segi ciri ia membenarkan profil, dan susur masa dilihat bersama dengan kemampuan menjawab mesej yang dimuat naik oleh pengguna lain.

Pelancarannya diumumkan oleh Mark Zuckerberg menerusi akaun Threads beliau tepat jam 9 malam tadi. Sungguhpun begitu Threads versi web akan diberikan kepada semua pengguna secara berperingkat dalam masa beberapa hari sahaja lagi.

Semasa dilancarkan awal bulan lalu, Threads dengan pantas mencatatkan 100 juta akaun dalam tempoh kurang seminggu. Momentum penggunaan Threads kini semakin berkurangan ke 3 juta pengguna aktif harian kerana ramai menyedari ia masih tidak mempunyai pelbagai ciri yang diperlukan untuk ia menjadi alternatif kepada Twitter contohnya susur masa secara kronologi dan sokongan GIF.
- Sumber
- @Zuck
