Apple cadang hasilkan Macbook murah?

Digital
8 Sep 2023 • 9:53 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Terdapat khabar angin yang mengatakan Apple sedang mempertimbang mengeluarkan Macbook yang lebih murah yang ditujukan untuk sektor pendidikan. Ia sama seperti apa yang sedang ramai pengeluar komputer lakukan menerusi produk Chromebook mereka.

image is not available
Macbook Air adalah Macbook termurah Apple setakat ini

MacBook yang lebih murah ini mungkin akan dikompromikan daripada segi kualiti binaan dan spesifikasi dalaman seperti resolusi skrin dan lain-lain. Namun, kelebihan MacBook murah berbanding Chromebook murah adalah prestasi cip berasaskan ARM Apple pastinya lebih baik berbanding cip berasaskan X86 pada kebanyakkan Chromebook.

Lebih baik daripada segi prestasi, malahan hayat bateri juga memang terbukti. Lihatlah saja hayat laptop Windows dengan Macbook berasaskan Apple Silicon yang jauh bezanya.

Daripada sudut pengguna, Macbook yang murah adalah sesuatu yang baik. Dalam pasaran Malaysia, Macbook air termurah daripada laman rasmi adalah RM4,399. Mujurlah harga di pengedar sah lebih murah pada sekitar, RM3,499. Tiada Macbook yang berharga bawah RM3,000 buat masa ini.

image is not available
Ini harga Macbook termurah

Daripada perspektif Apple pula, mereka mungkin tidak mahu merisikokan iPad mereka sekiranya terdapat Macbook yang lebih versatil dijual pada harga separas tablet itu. Hal ini kerana, Apple tak henti-henti berusaha mengetengahkan iPad sebagai "pengganti" Macbook walhal ia hanyalah sekadar tablet yang menjalankan sistem operasi tablet dan mukannya MacOS walaupun kedua-dua mereka gunakan cip berasaskan ARM yang sama.

image is not available
Harga iPad Air dengan Magic Keyboard

Makanya, kebarangkalian untuk kita beroleh Macbook murah agak tipis tapi tidak mustahil. Kita pernah ada iPhone SE berbadan plasitk dalam kalangan iPhone premium.

Sumber: Macrumors

Bacaan berkaitan