Spotify Menguji Menghadkan Ciri Lirik Untuk Pelanggan Premium Sahaja

TechnologyDigital
6 Sep 2023 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify sehingga hari ini masih lagi platform penstriman muzik paling popular dunia walaupun dari segi penawaran cir mereka masih di belakang Apple. Ciri muzik resolusi tinggi yang dijanjikan sehingga kini masih tiada tarikh akan dilancarkan.

Terbaru, Spotify dilihat sedang menguji menghadkan akses lirik lagu untuk pelanggan Spotify Premium sahaja. Sebelum ini ciri ini boleh digunakan oleh semua pengguna tanpa mengira status langganan Premium. Ujian yang agak aneh ini ditemukan oleh pengguna di Reddit.

image is not available

Perkara ini mungkin akan menyebabkan kecaman kepada Spotify kerana mereka antara yang terawal terkenal dengan lirik kerana kerjasama bersama Musicmatch. Ciri ini juga dikatakan hanya di peringkat ujian untuk melihat pasaran mana yang sesuai yang boleh menerima lirik dikunci ini. Apa komen anda mengenai perkara ini? Adakah patut lirik pun perlu dibayar untuk diakses?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved