Apple CarPlay Ultra Dilancarkan Tetapi Untuk Aston Martin Sahaja

TechnologyDigitalCars
16 May 2025 • 8:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sistem Apple CarPlay Ultra telah dilancarkan lewat malam semalam dan ini ialah versi terkini Car Play yang mengubah keseluruhan antaramuka sistem infohibur, kawalan dalaman dan maklumat pemanduan yang diacah sejak 2022. Pada ketika ini Apple CarPlay Ultra hanya disokong pada beberapa model kereta yang dikeluarkan oleh Aston Martin. Pada tahun 2023, hanya Prosche dan Aston Martin berkongsi imej kereta keluaran mereka menggunakan antaramuka Car Play baharu ini.

image is not available

Menurut Apple, pengeluar kenderaan boleh melakukan pemperibadi antaramuka dan paparan instrumen Apple CarPlay Ultra mereka sendiri menerusi kerjasama dengan pasukan rekaan Apple. Dengan ini kenderaan yang menyokong Apple CarPlay Ultra tidak akan menggunakan hanya satu antaramuka yang sama.

image is not available

Antara pemperibadian yang boleh dilalukan ialah mengubah tona warna dan imej latar belakang. Pemandu misalnya boleh memaparkan skrin aplikasi navigasi, Apple Music dan maklumat tekanan tayar terus pada skrin instrumen pemanduan dengan ia diapit speedometer dan maklumat RPM enjin.

image is not available

Pada peringkat permulaan Apple Car Play Ultra hanya disokong pada kereta Aston Martin baharu yang dipesan untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada terlebih dahulu. Kemas kini dalam masa beberapa minggu lagi akan membawakan ciri sama pada model kereta Aston Martin terdahulu.

Selain Aston Martin, Apple mengesahkan Apple Car Play Ultra kelak akan disokong juga pada kereta keluaran Hyundai, Kia, dan Genesis. Untuk menggunakan Apple Car Play Ultra, pemilik perlu menggunakan sekurang-kurangnya iPhone 12 dengan sistem operasi iOS 18.5.