iPhone Boleh-Lipat Dijangka Dijual Bermula 2026

TechnologyDigital
24 Jul 2024 • 9:40 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ura-ura iPhone dengan skrin boleh-lipat mula didengari sejak dua tahun yang lalu selari dengan pengenalannya oleh Samsung, Huawei dan Xiaomi. Kini menurut laporan The Information, iPhone dengan rekaan telefon katup seakan Galaxy Z Flip ini akan hadir seawal 2026. Apple dikatakan sudah menghubungi beberapa pengeluar komponen di Asia untuk menawarkan perkakasan yang diperlukan untuk menjadikannya realiti pada tahun tersebut.

Peranti ini dikhabarkan dengan nama kod dalaman V68 masih lagi dalam fasa ujian. Masa yang lama diambil untuk menawarkannya kepada pengguna adalah kerana Apple masih belum mampu menyelesaikan isu terdapat garisan lipat pada skrin. Pemilihan rekaan telefon katup mungkin dilalukan kerana ia adalah rekaan skrin-lipat yang paling popular di pasaran berbanding jenis Fold. Peranti Fold dan Flip Samsung walaupun sudah memasuki generasi ke-enam masih belum berjaya menyelesaikan kesan lipatan pada skrin.

image is not available

Samsung misalnya menjual lebih banyak Galaxy Z Flip berbanding Galaxy Z Fold dengan nisbah. Sebelum ini terdapat ura-ura Apple menguji peranti jenis Fold dengan prototaip dihasilkan di Taiwan menggunakan skrin keluaran Samsung. Kemudian muncul juga laporan peranti jenis Fold keluaran Apple kelak adalah iPad dan bukanya iPhone. Pada waktu yang sama MacBook dengan skrin lipat turut dibangunkan oleh pasukan yang dahulunya terlibat dengan projek Vision Pro.