Menerusi kemas kini sistem operasi menggunakan siri 26 tahun lalu, Apple menyeragamkan antaramuka kesemua antaramuka peranti mereka dengan pengenalan Liquid Glass. Pada iPhone dan iPad, antaramuka ini diterima dengan baik. Tetapi pada komputer macOS, Liquid Glass membawakan beberapa isu seperti elemen antaramuka yang tidak jelas.

Pagi ini Mark Gurman di Bloomberg melaporkan Apple akan menyelesaikan isu Liquid Glass menerusi macOS 27 yang sedah dibangunkan. Agenda utama ialah memperbaiki isu melibatkan elemen lutsinar dan bayang-bayang yang menjadi isu dalam kalangan pengguna macOS.
Selain itu Safari juga akan dikemaskini dengan ciri tab yang dikumpulkan secara automatik dengan bantuan kecerdasan buatan (AI). Ciri Organise Tab ini akan diterima Safari pada macOS 27, iOS 27, and iPadOS 27. Kesemua ciri baharu pada sistem operasi siri 27 akan diperlihatkan dalam ada WWDC 2026 yang berlangsung pada 8 Jun hadapan.



