Apple hari ini mengumumkan mereka menjadualkan acara tahunan WWDC (Worldwide Developers Conference) pada 8 Jun sehingga 12 Jun (9 Jun 2026 mengikut waktu tempatan). Acara ini akan diadakan secara atas-talian, sekaligus memudahkan pembangun seluruh dunia dalam menyertainya.

WWDC26 akan memfokuskan beberapa perkara, dan antaranya adalah kemaskini pada platform Apple, meliputi iOS, iPadOS dan juga macOS. Tidak setakat itu, Apple turut mengatakan akan turut berkongsi berkenaan dengan penawaran AI dibawah mereka, selain perisian baharu untuk pembangun.
Apple sebelum ini menghadapi cabaran dalam pembangunan Apple Intelligence, dan pada tahun ini telah mengumumkan kerjasama dengan Google, dan akan menggunakan variasi model Gemini yang dikhususkan untuk Apple. Tidak setakat itu, Apple turut dikatakan akan memperkenalkan MacBook dengan sokongan skrin sentuh, yang mungkin turut dikongsikan bagi membolehkan pembangun bersedia dengan aplikasi masing-masing.
Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bulan Jun ini untuk melihat apakah penawaran Apple baharu untuk tahun ini dan 2027.



