Apple kini diperkatakan mengurangkan pengeluaran iPhone 16 model bukan Pro, iaitu iPhone 16 dan iPhone 16 Plus antara sekarang sehingga pertengahan pertama 2025. Apple dikatakan mengurangkan pengeluaran sekitar 10 juta unit untuk tempoh berkenaan, berbanding sasaran awal sebelum ini. Dengan perubahan ini, Apple dijangka mengeluarkan sekitar 80 juta unit siri iPhone 16 sehingga pertengahan pertama 2025 kelak.

Disamping itu, Ming-Chi Kuo turut berkongsi menyatakan Apple akan memulakan pengeluaran iPhone SE4 pada Disember ini, dan akan dijual pada pertengahan pertama 2025 kelak.
Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada permintaan berkurangan, atau sasaran awal Apple sedia ada terlalu tinggi berbanding pasaran sendiri.

