Apple Dilaporkan Akan Hentikan Pengeluaran Vision Pro Pada Penghujung Tahun Ini

TechnologyDigital
23 Oct 2024 • 11:18 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini dilaporkan telah mula mengurangkan pengeluaran Apple Vision Pro, iaitu set kepala realiti-maya mereka yang berharga mahal, dan dijangka akan menghentikan pengeluaran untuk versi sedia ada sepenuhnya menjelang penghujung 2024 ini.

image is not available

Langkah ini mungkin kerana Apple sedia mempunyai stok untuk Apple Vision Pro, dan permintaan untuknya tidak setinggi yang dijangka. Malah, Apple Vision Pro sendiri belum dipasarkan di negara-negara lain, termasuk Malaysia – mungkin kerana harganya yang tinggi.

Disamping itu, Apple turut dikatakan telah menghentikan sementara pembangunan generasi kedua set kepala berkenaan, dan kini lebih memfokuskan kepada pembangunan versi berharga lebih murah.


Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan bagaimanakah Apple akan mengambil langkah dalam meneruskan pemasaran dan menarik lebih ramai menggunakan set kepala realiti-maya mereka.