Kemas kini iOS 18.1 untuk iPhone 15 Pro dan iPhone 16 cukup menarik kerana ia menawarkan akses kepada ciri kecerdasan buatan generatif Apple Intelligence. Selain itu, Apple turut menambah banyak ciri dan fungsi yang menarik. Salah satunya adalah ciri perkongsian terus ke TikTok.

Dalam aplikasi Apple Music, jika iPhone anda telah dikemaskini ke iOS 18.1 – mana-mana lagu yang anda mainkan boleh dikongsi ke TikTok dengan mudah sepertimana anda kongsi ke Instagram. Tekan Share Song…, kemudian pilih TikTok, pilih sama ada ingin kongsi sebagai Gambar, Video atau Mesej. Untuk perkongsian gambar dan video akan ada pilihan suntingan seperti menambah teks dan macam-macam lagi, sementara perkongsian mesej adalah pautan ke Apple Music.
Buat masa ini masih tiada ciri Apple Intelligence diberikan kepada Apple Music. Apa-apa pun, jika anda pengguna Apple Music dan TikTok yang tegar – ciri ini adalah untuk anda.
