Apple mungkin dalam diam telah menghentikan jualan penyesuai port Lightning ke bicu audio 3.5mm. Menurut laporan MacRumors, stok produk kini disenaraikan sebagai telah habis dijual di majoriti stor atas talian Apple termasuk di Malaysia. Ia mungkin petanda awal hanya stok sedia ada akan terus dijual jualan ditamatkan.

Penyesuai mula ditawarkan Apple menerusi siri iPhone 7 pada tahun 2016 yang tidak dilengkapi bicu audio 3.5mm. Sejak tahun lalu Apple telah menggantikan port Lightning ke USB di iPhone bagi memenuhi keperluan EU dan India yang mewajibkan penggunaan USB-C bagi menyeragamkan sistem pengecasan peranti elektronik.
Dengan kesemua produk generasi baharu Apple tidak lagi menggunakan Lightning, mungkin ini ialah masa paling tepat untuk tidak lagi menjual aksesori ini di seluruh dunia.
