Apple ID Mungkin Dijenamakan Sebagai “Apple Account” Pada Tahun Ini

TechnologyDigital
2 Mar 2024 • 11:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bagi para pengguna produk dan peranti keluaran Apple, mungkin sedia maklum akan anda memerlukan Apple ID – iaitu akaun Apple sebelum dapat menggunakannya. Kini hadir desas-desus menyatakan Apple ID kelak akan dijenamakan semula sebagai Apple Account.

Langkah ini dijangka akan memudahkan lagi pengenalan profil atau akaun Apple berbanding penggunaan nama Apple ID. Penjenamaan semula ini dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengan iOS 18 dan juga macOS 15 kelak.

Sebab disebaliknya tidak diketahui lagi, tetapi mungkin dalam usaha memudahkan lagi pengguna mengetahui akan akaun Apple mereka, dan dalam menggunakannya – apatah lagi dengan sokongan integrasi akaun Apple pada pelbagai aplikasi di App Store.