Lelaki Ini Jadi Perhatian Ramai, Dukung Anak Sambil Solat Berjemaah

Entertainment
25 Feb 2024 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bukan mudah untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ibu bapa. Banyak perkara yang perlu dilakukan terutamanya ketika anak masih kecil. Kadang-kadang tu nak buat kerja pun susah sebab anak nak melekat dengan ibu atau ayahnya je kan. Kalau jauh atau tak didukung, bayi akan menangis.

Mungkin sebab itulah seorang lelaki ini dilihat mendukung anaknya yang masih bayi walaupun ketika solat berjemaah di masjid.

image is not available

Tindakan lelaki itu mendukung anaknya itu telah dirakam oleh seorang individu yang turut berada berdekatan dengan kawasan solat itu sebelum video berkenaan dimuat naik di platform TikTok.

Video yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai ael_hakiem itu sehingga kini telah menjadi perhatian warganet sehingga meraih lebih empat juta tontonan.

Dalam video yang berdurasi selama 20 saat itu, dapat dilihat lelaki itu mendukung anak ketika solat, dan apabila tiba waktu untuk sujud, dia akan meletakkan bayi itu sebelum sujud seperti biasa.

Bayi tersebut juga dilihat sangat tenang dan baik kerana dia tidak menangis.

Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, memang boleh mendukung anak ketika solat, namun ibu bapa atau penjaga haruslah memastikan bahawa kanak-kanak itu bersih dan suci daripada sebarang najis.

Boleh tengok kat sini untuk ketahui cara-cara solat sambil dukung bayi.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.