Apple Intelligence Memerlukan 4GB Storan Pada iPhone

TechnologyDigital
24 Sep 2024 • 1:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Intelligence masih belum sedia diberikan kepada semua pengguna dengan ia akan diberikan sebagai kemas kini iOS 18.1 pada bulan hadapan. Kepada mereka yang teruja untuk menggunakan ciri ini, Apple mengesahkan Apple Intelligence memerlukan storan 4GB pada iPhone sebelum boleh digunakan.

image is not available

Ini adalah kerana seperti model Apple Intelligence beroperasi terus pada peranti dan ia memerlukan storan yang agak besar. Ia boleh menjana imej berdasarkan prom, menghasilkan emoji baharu menerusi Genmoji dan memberikan bantuan penulisan menerusi Writing Tools.

Ini adalah perkara yang sama seperti Gemini pada peranti Google Pixel 9 Pro yang turut mengambil ruang storan peranti. Setakat ini hanya saiz storan yang diperlukan pada iPhone sahaja didedahkan. Tiada maklumat storan yang diperlukan pada iPad dan komputer Mac ketika artikel ini ditulis.

Dalam dokumen yang diberikan bersama iOS 18.1 Beta yang sedang diuji, Apple sekali lagi mengesahkan Apple Intelligence hanya disokong pada iPhone 15 Pro, 15 Pro Max, dan keempat-empat model iPhone 16.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved