CelcomDigi Menawarkan iPhone 16 Dengan 45% Diskaun Aksesori Dan Nilai Tukar-Beli Sehingga RM 4,700

TechnologyDigital
20 Sep 2024 • 10:11 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tarikh 20 September 2024 merupakan tarikh keramat buat peminat iPhone tempatan kerana untuk pertama kalinya Apple menjual iPhone 16 di Malaysia pada tarikh yang sama dengan pasaran utama seluruh dunia. Malah dengan sistem operasi iOS 18 yang terbaru semestinya menjanjikan pengalaman penggunaan yang hanya lebih bermakna sekiranya anda membeli iPhone 16 dari CelcomDigi.

image is not available

CelcomDigi menawarkan pelan pascabayar CelcomDigi Postpaid 5G yang membolehkan anda kekal berhubung dengan Internet pantas 5G tanpa had di rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia. Malah dengan dominasi liputan 4G yang meliputi 97% kawasan berpenduduk di seluruh Malaysia, anda pergi ke ceruk mana sekalipun akan tetap mendapat capaian rangkaian internet.

image is not available

Seterusnya membezakan tawaran dari CelcomDigi ini adalah nilai tukar-beli yang boleh mencapai sehingga RM 4,700. Jadi sekiranya anda bosan dengan telefon anda, atau ingin menaiktaraf peranti anda kepada iPhone 16, peranti lama anda bakal membawa nilai yang tinggi, membolehkan proses tukar-beli lebih berpatutan. Lebih dari itu, anda juga akan menerima diskaun 45% untuk aksesori tambahan jadi ada baiknya anda datang sendiri ke cawangan Celcom berhampiran bagi memilih aksesori yang bersesuaian untuk anda.

image is not available

Seperkara lagi apabila anda membeli iPhone 16 dengan pelan pascabayar CelcomDigi Postpaid 5G adalah anda juga boleh membayar harga peranti secara ansuran sehingga 36 bulan tanpa sebarang faedah dikenakan. Anda hanya perlu membayar serendah RM78 setiap bulan selama 36 bulan (tertakluk kepada pelan yang dipilih) dan ini merupakan kadar yang sangat berbaloi untuk memiliki peranti tercanggih dari Apple.

image is not available

Dan melengkapkan pelan ini pengguna CelcomDigi juga dapat menikmati 6 bulan percuma 300Mbps Fibre dan panggilan tanpa had.Kini dengan pelan iPhone 16 turut ditawarkan dengan pilihan pelan semua-dalam-satu CelcomDigi ONE Ultra, yang juga termasuk 300Mbps fiber, 3 talian 5G tanpa had, dan Disney+ Hotstar Premium.

Jelas sekali dengan memilih pelan pascabayar CelcomDigi Postpaid 5G untuk iPhone 16 anda, bakal memberikan pelbagai faedah bukan sahaja dari kecanggihan peranti, malah pengalaman penggunaan yang menyeluruh dari CelcomDigi. Tidak kisah sama ada anda pelanggan baru atau pelanggan CelcomDigi yang sedia ada, dapatkan iPhone 16 dari CelcomDigi dengan mudah menerusi halaman rasmi mereka atau cawangan CelcomDigi seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial dari CelcomDigi