Apple iPhone Air Diperkenalkan Gantikan Keluarga “Plus” Dengan Rekaan Nipis, Ringan, dan Satu Kamera – Bermula RM4999

TechnologyDigital
10 Sep 2025 • 2:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada tahun ini, Apple menamatkan penawarkan keluarga iPhone Plus, dan kini sebagai ganti untuknya, Apple hadir dengan siri baharu dinamakan iPhone Air. Seperti pada namanya yang dibawa daripada keluarga MacBook Air, iPhone Air turut memfokuskan kepada rekaannya yang nipis dan ringan.

image is not available

Apple mengatakan iPhone Air ini adalah model iPhone yang paling nipis pernah dihasilkan setakat ini. Ia hadir dengan skrin 6.5-inci Super Retina XDR dengan sokongan ProMotion sehingga 120Hz, dijana dengan cip Apple A19 Pro, selain turut hadir dengan cip rangkaian tanpa wayar N1 untuk sokongan WiFi 7, dan Bluetooth.

image is not available

Apple iPhone Air ini dikatakan akan menawarkan masa penggunaan bateri sepanjang hari. Melengkapkan telefon pintar nipis dan ringan ini adalah kamera utama belakang 48-megapixel, dan juga kamera swafoto 18-megapixel.

image is not available

Dari segi ketebalan, iPhone Air ini setebal 5.6mm, dan mengatakan menggunakan kerangka berasaskan titanium untuk binaan yang kukuh dan tahan. iPhone Air turut menyertakan Action Button dan juga Camera Control pada bahagian tepi – seperti siri iPhone lain.

Disamping itu, iPhone Air hadir dengan rekaan hanya eSIM sahaja, dan tidak menyertakan ruangan untuk SIM fizikal.

image is not available

Di Malaysia, pra-tempah iPhone Air bermula 12 September, dan jualannya pula bermula 19 September dengan ia ditawarkan dalam warna sky blue, light gold, cloud white dan space black. Harga jualan adalah seperti di bawah.

  • Apple iPhone Air (256GB) – RM 4999
  • Apple iPhone Air (512GB) – RM 5999
  • Apple iPhone Air (1TB) – RM 6999

image is not available