Apple iPhone, iPad dan Vision Pro Kini Boleh Dikawal Menggunakan Implan Otak

WorldTechnologyDigitalSpace
14 May 2025 • 11:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Implan otak setakat ini berjaya mengembalikan kemampuan bercakap kepada mangsa strok dan membolehkan insan lumpuh berjalan semula. Teknologi masih lagi di peringkat rintis dan kini implan otak secara rasminya disokong pada Apple iPhone, iPad dan Vision Pro.

Syarikat implan otak Synchron mengumumkan mereka adalah syarikat pertama menyokong format BCI Human Interface Device (BCI HID) yang diumumkan oleh Apple semalam. Menerusi sokongan BCI HID, mereka yang mempunyai implan Synchron Stentrode boleh mengawal iPhone, iPad dan Vision Pro dengan hanya berfikir.

image is not available

Stenrode telah dibangunkan Synchron sejak 2016 dengan ia membolehkan implan membaca isyarat neural otak dibaca tanpa ia perlu disambungkan terus ke otak seperti yang dilakukan oleh Neuralink. Sebaliknya ia hanya perlu diletakkan di pembuluh darah leher pesakit.

Isyarat neural otak yang dikesan oleh implan Stentrode oleh Synchron akan disokong secara natif pada peranti Apple. Ini secara tidak langsung membolehkan bukan sahaja mangsa strok tetapi pesakit ALS dan individu dengan kerosakan saraf tunjang boleh mengakses kesemua ciri ketercapaian (accessability) yang telah diperkenalkan Apple pada sistem operasi mereka sebelum ini.